Program e-Rezeki dan Advokasi dan Kursus Asas Perniagaan Fasa 1
18 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 17.September.2017 Seramai 23 orang perserta mengikuti Program e-Rezeki fasa 1 yang diadakan di PI Tg.Manis. Pada sebelah pagi seramai 11 orang perserta dan pada sebelah petang seramai 12 orang peserta. Para peserta diberi tunjuk ajar oleh tenaga pengajar e-Rezeki iaitu Cik Dayang Siti Hasmah dan Cik Audrey dari PI Maradong. Pada mulanya peserta mestilah mempunyai email sendiri dan facebook. Selepas itu mereka diajar cara mendaftar e-rezeki dan tunjuk ajar dibantu oleh staff PI Tg.Manis dan Jerijih. Tenaga pengajar mengjar cara bagaimana untuk mendapatkan pendapatan melalui e-rezeki. Kini, teknologi digital telah mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan seharian.
Walau bagaimanapun, bukan semua rakyat Malaysia mendapat peluang atau mempunyai pengetahuan untuk memanfaatkannya, terutama golongan yang kurang pendedahan terhadap IT.Oleh itu, menjadi matlamat kami di MDEC untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam penggunaan teknologi digital.Jadilah sebahagian dari tenaga kerja atas talian dengan menyertai program eRezeki. Sebagai pekerja digital, anda boleh melakukan pelbagai tugasan yang disediakan dan memperolehi bayaran bagi setiap tugasan yang dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan terdiri daripada tugasan-tugasan digital mikro ringkas yang mengambil masa hanya beberapa minit untuk disiapkan, kepada tugasan yang memerlukan kemahiran atau pengalaman tertentu, yang mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: